Dasar Privasi Anak Celik
Kemas kini terakhir: 27 September 2026
Anak Celik ("kami") ialah aplikasi pembelajaran untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, dikendalikan oleh Tempah Court Enterprise (No. pendaftaran SSM 202603173211 / RA0137070-K), Lot 10908, Kampung Kubang Jela, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu. Dasar ini menerangkan data yang kami kumpul dan cara ia digunakan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
1. Bermain tanpa akaun
- Kemajuan anak (huruf yang dipelajari, bintang, pelekat, stesen yang selesai) disimpan dalam peranti anda sahaja. Ia tidak dihantar kepada kami.
- Kami tidak meminta nama, umur, gambar atau suara anak.
- Arahan yang dibacakan menggunakan enjin suara telefon anda sendiri. Tiada suara dirakam atau dihantar.
- Aplikasi ini tidak mengandungi iklan dan tidak menggunakan alat penjejakan atau analitik pihak ketiga.
- Halaman jualan (anakcelik.com/kenali). Halaman jualan ini menggunakan Piksel Meta (Facebook). Ia memberitahu kami berapa ramai yang melihat halaman ini selepas melihat iklan kami dan berapa ramai yang menyentuh "Cuba percuma", dan ia menggunakan kuki. Data ini dikumpul oleh Meta mengikut dasar privasi mereka. Aplikasi yang dimainkan anak anda tidak mengandungi piksel, iklan atau sebarang kod penjejakan. Main percuma tidak menghantar apa-apa ke pelayan kami.
2. Apabila ibu bapa membeli Pas Celik
Untuk memberi akses kepada pas yang dibeli, kami menyimpan:
- alamat e-mel ibu bapa, yang disahkan melalui Firebase Authentication (Google);
- rekod pembelian: jenis pas, jumlah, status dan rujukan transaksi;
- salinan kemajuan anak, supaya kemajuan tidak hilang apabila bertukar peranti.
Pembayaran diproses oleh toyyibPay melalui FPX. Kami tidak pernah melihat atau menyimpan maklumat akaun bank anda.
Data ini disimpan pada perkhidmatan Cloudflare di rantau Asia Pasifik dan hanya digunakan untuk memberi akses dan menyimpan kemajuan. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda untuk pemasaran.
3. Hak anda
Anda boleh meminta salinan atau pemadaman data anda dengan menghubungi sokongan@anakcelik.com. Kami akan membalas dalam tempoh 7 hari bekerja.
4. Kanak-kanak
Semua pembelian dan tetapan berada di Ruang Ibu Bapa, yang dilindungi pintu khas untuk orang dewasa. Anak tidak diminta memberikan sebarang maklumat peribadi.
5. Hubungi kami
Tempah Court Enterprise, sokongan@anakcelik.com, Lot 10908, Kampung Kubang Jela, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu.