← Anak Celik Semua panduan

Senarai perkataan suku kata KV + KV untuk anak prasekolah

54 perkataan dua suku kata terbuka, seperti bola, buku dan susu. Untuk anak 4 hingga 6 tahun yang sudah kenal bunyi huruf.

Kad suku kata PERCUMA: BA BI BU BE BO hingga FA FI FU FE FO, 17 helai A4. Huruf berongga untuk diwarnakan, potong jadi kad.

Muat turun kad suku kata (PDF)

Apa itu suku kata KV?

K ialah konsonan, V ialah vokal. Satu konsonan tambah satu vokal jadi satu suku kata terbuka: B + A = BA. Dua suku kata KV jadi satu perkataan: BO + LA = BOLA.

Bahasa Melayu dieja seperti bunyinya. Bila anak boleh baca suku kata KV, dia sudah boleh baca banyak perkataan sendiri.

Jadual suku kata KV

Baca satu baris pada satu masa. Bila anak sudah selesa dengan BA BI BU BE BO, baru tambah baris seterusnya.

AIUEO
BBABIBUBEBO
MMAMIMUMEMO
SSASISUSESO
TTATITUTETO
PPAPIPUPEPO
KKAKIKUKEKO
DDADIDUDEDO
LLALILULELO
NNANINUNENO
GGAGIGUGEGO
JJAJIJUJEJO
RRARIRURERO
CCACICUCECO
HHAHIHUHEHO
WWAWIWUWEWO
YYAYIYUYEYO
FFAFIFUFEFO

Cuba dengan anak sekarang: pusingan pertama percuma.

Cuba percuma

54 perkataan KV + KV

Disusun ikut huruf pertama. Semua perkataan ini ialah benda yang anak boleh lihat atau pegang.

Bermula dengan B

BO-LA BU-KU BA-TU BA-JU BU-MI BI-JI BA-TA BA-YI

Bermula dengan M

ME-JA MA-TA MA-DU MU-KA

Bermula dengan S

SU-SU SU-DU SA-TE SA-PU SA-WI

Bermula dengan T

TO-PI TA-LI TE-BU TE-KO

Bermula dengan P

PE-TI PA-KU PI-TA PA-RI PE-TA PA-SU PE-NA

Bermula dengan K

KU-DA KA-YU KA-KI KO-PI KE-RA KU-RA KI-WI

Bermula dengan D

DA-DU DU-KU

Bermula dengan L

LO-RI LA-BU LA-GU

Bermula dengan N

NA-SI

Bermula dengan G

GI-GI GU-LA

Bermula dengan J

JA-RI JA-LA JE-LI

Bermula dengan R

RO-TI RO-DA RU-SA RA-GA

Bermula dengan C

CI-LI

Bermula dengan H

HA-TI

Bermula dengan Y

YO-YO

Bermula dengan F

FO-TO

Langkah seterusnya: KV + KVK

Bila KV + KV sudah lancar, cuba perkataan yang suku kata keduanya tertutup dengan konsonan:

CA-WAN GA-JAH NA-NAS PO-KOK QU-RAN RU-MAH RO-KET KI-PAS KA-TAK GI-TAR BU-LAN KA-PAL LI-LIN

Cara guna senarai ini

  1. Sebut perlahan, kemudian laju. "BO... LA... BOLA!"
  2. Tunjuk benda sebenar. Letak bola di depan anak, kemudian baca BO-LA bersama.
  3. Lima perkataan sehari sudah cukup. 10 minit, berhenti sebelum anak bosan.
  4. Jangan kata "salah". Beri petunjuk: "Cuba dengar bunyi ni, bbb...". Kalau masih tidak dapat, sebut jawapannya dan minta dia ulang.
  5. Ulang perkataan semalam sebelum tambah yang baru.

Mahu anak baca perkataan ini sambil bermain?

Dalam Anak Celik, perkataan seperti BOLA dipecah jadi BO dan LA, dan anak menyusunnya semula. Bila siap, bola itu muncul dan melantun. Bahasa Melayu, tiada iklan, dan tidak pernah memarahi anak.

Cuba percuma Lihat Anak Celik

Pusingan pertama percuma. Main di telefon atau tablet, tiada muat turun.

Baca juga: Ayat mudah untuk latihan membaca · Cara ajar anak membaca · Cara ajar anak kenal huruf · Lembaran kerja surih huruf · Persediaan anak masuk Tahun 1

Dasar privasi · sokongan@anakcelik.com